7 TONGGAK PENTADBIRAN DARUL UKHWAH
1. PENJAGAAN UBAT
Dengan penjagaan ubat yang rapi oleh kakitangan di Darul Ukhwah membuatkan kesihatan para pesakit bertambah baik (CD4/VR). Penghuni yang tidak boleh berjalan sudah boleh berjalan dengan baik. Selain itu Daru Ukhwah juga mendapat kerjasama yang baik antara hospital Sg Buloh, Pahang dan Terengganu. Sepanjang penubuhan Darul Ukhwah ini sudah terdapat penghuni yang telah sihat dan dapat diterima kerja ditengah masyarakat.
2. PENJAGAAN KESIHATAN
Penghuni Darul Ukhwah menjadikan aktiviti riadah sebagai aktiviti harian. Darul Ukhwah juga mendapat kerjasama dengan pusat perubatan elektronik. Dengan kerjasama MBPJ penghuni dapat menggunakan padang untuk senaman.
3. PENJAGAAN ROHANI
Wujud jadual solat berjemaah, penggiliran menjadi imam dan muadzi dan kelas al - Quran. Pihak pengurusan Darul Ukhwah juga mewujudkan tazkirah selepas solat subuh, kelas agama dan fardhu ain. Para penghuni juga didedahkan dengan qiamullail. Penghuni di disiplinkan zikir dari Asmaul Husna dan terdapat penghuni sudah boleh membiasakan diri dengan bacaan ratib haddad selepas Solat Maghrib, bacaan surah Al-Mulk selepas solat Isya'
4. PEMBENTUKAN JATI DIRI
Penghuni Darul Ukhwah tidak malu mengikuti program - program luar dan bergaul mesra dengan hadirin di majlis anjuran pihak masjid dan badan korporat. Antara program yang dihadiri adalah :
- Majlis Sambutan Hari Aids Sedunia anjuran Hospital Besar Sg Buloh & FT Foundation
- Majlis Maulidur Rasul anjuran masjid-masjid sekitar.
- Majlis Forum Perdana
- Program Kesedaran anjuran MAIS
- Penghuni tidak malu memakai baju Darul Ukhwah ketika keluar.
5. PROGRAM KEMASYARAKATAN
- Penerimaan masyarakat di kelas di Yayasan Restu
- Penerimaan kerjasama Universiti Malaya
- Jemputan kenduri di rumah AJK
- Penerimaan Media Prima terhadap program “Tanyalah Ustaz”
- Penggambaraan TV Alhijrah
- Penerimaan media darti Utusan, Sinar dan Harian Metro
- Penerimaan lawatan dari badan-badan korporat seperti TnGo
6. PROGRAM PENERIMAAN KELUARGA
Ahli keluarga menziarahi penghuni dan program menziarahi keluarga penghuni diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim
7. PROGRAM KAUNSELING
Program kaunseling oleh kaunselor bertauliah dan sukarelawan.