Darul Ukhwah

SEJARAH PENUBUHAN RUMAH PERLINDUNGAN HIV MUSLIM DARUL UKHWAH


23 JUN 2009

Ustaz Muhamad Bin Abdullah, telah menerima jemputan ceramah kepada pesakit HIV/AIDS Muslim yang berada di bawah perlindungan pihak gereja. Di situlah bermulanya detik usaha membawa mereka keluar dari gereja dan cita - cita menubuhkan rumah perlindungan HIV Muslim 


13 JULAI 2009

Perjumpaan bersama Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS telah diadakan bagi membincangkan usaha lanjut membawa saudara seislam kita yang berada di bawah penjagaan gereja keluar, seterusnya menempatkan mereka di Pusat Jagaan HIV Muslim yang bakal ditubuhkan dengan kerjasama Darul Ukhwah dan MAIS sendiri.


16 JULAI 2009

Mesyuarat di MAIS bersama Dato’ Mohammed Khusrin meminta usaha tersebut dijalankan dengan segera.


30 JULAI 2009 

Tertubuhnya Rumah Perlindungan Darul Ukhwah dan penghuni mula dipindah keluar dari gereja ke Darul Ukhwah.


2009 - 2014 

Sehingga kini, Darul Ukhwah telah pun menguruskan lebih dari 200 orang pesakit HIV/AIDS Muslim sejak tahun 2009. Sehingga kini lebih 120 orang telah meninggal dunia dan diuruskan oleh Darul Ukhwah dengan bantuan pihak hospital.